Tag: Lubnan

  • 3 terbunuh dalam serangan Israel di pinggir bandar selatan Beirut

    Serangan udara Israel di kawasan Choueifat di pinggir bandar selatan Beirut mengorbankan tiga orang, membabitkan seorang wanita, bayi perempuannya, dan seorang kanak-kanak Syria, serta mencederakan 15 orang lain pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan Lubnan, menurut berita Xinhua.

    Menurut Xinhua, pusat operasi kecemasan kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, mereka yang cedera termasuk tiga kanak-kanak dan lima wanita.

    Terdahulu pada hari itu, serangan Israel menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Choueifat, kawasan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Hariri.

    Serangan itu adalah yang pertama seumpamanya di pinggir bandar selatan Beirut dalam beberapa minggu, ketika Israel baru-baru ini meningkatkan operasi ketenteraannya di negara itu.

  • Serangan Israel membunuh 3 orang di selatan Lubnan

    Tiga serangan dron Israel ke atas kenderaan di lebuh raya Kafr Rumman-Jarmaq dan jalan Jarmaq-Khardali di Nabatieh membunuh tiga orang, menurut berita Al Jazeera memetik laporan Agensi Berita Nasional (NNA) negara itu.

  • Angka maut akibat serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 3,151

    Sejak 2 Mac lalu, serangan udara Israel di Lubnan telah membunuh 3,151 orang dan mencederakan 9,571 orang, lapor Al Jazeera memetik Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Agensi Berita Nasiona (NNA).

    Orang yang terkorban termasuk 123 petugas perubatan, sekurang-kurangnya 210 kanak-kanak dan hampir 300 wanita, menurut statistik dikongsi oleh pegawai kesihatan, lapor Al Jazeera.

  • Lima orang awam dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Tyre

    Serangan udara Israel di sebuah dusun di utara Tyre membunuh sekurang-kurangnya lima orang awam dan mencederakan dua yang lain, menurut berita Al Jazeera memetik laporan Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

    Serangan itu melanda kawasan Baqbouq, di mana pasukan penyelamat menemui empat mayat dan memindahkan mereka yang cedera ke hospital di Tyre.

    Mayat seorang wanita masih terperangkap di bawah runtuhan, dengan kru kecemasan tidak dapat mengeluarkannya kerana serangan udara Israel terus menggempur kawasan itu.

  • Angka maut akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,123

    Kementerian Kesihatan Awam Lubnan berkata dalam kemas kini hariannya, serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 3,123 orang dan mencederakan lebih 9,506 sejak 2 Mac lalu, menurut berita Al Jazeera.

  • 3,073 maut dalam serangan Israel ke atas Lubnan

    Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 3,073 orang dan mencederakan 9,362 sejak 2 Mac lalu, menurut berita Al Jazeera.

  • 9 terbunuh oleh serangan Israel di Nabatieh selatan Lubnan

    Menurut Al Jazeera, Agensi Berita Nasional (NNA) melaporkan serangan udara Israel ke atas daerah Nabatieh di selatan Lubnan mengorbankan sembilan orang, termasuk seorang wanita.

    Kira-kira 12 orang dilaporkan cedera, termasuk dua wanita.

    Di daerah Tyre, dilaporkan satu serangan di pekan Hanaway mencederakan 10 orang, menyebabkan seorang berada dalam keadaan kritikal. Satu lagi serangan di pekan Maarakeh mencederakan tujuh orang, termasuk seorang kanak-kanak dan tiga wanita, menurut Al Jazeera memetik NNA.

  • Angka maut akibat serangan udara Israel ke atas Deir Qanoun en-Nahr di Lubnan meningkat kepada 10

    Bilangan kematian akibat serangan udara Israel ke atas pekan selatan Deir Qanoun en-Nahr di daerah Tyre meningkat kepada 10 orang, lapor Al Jazeera memetik Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

    Tiga wanita dan tiga kanak-kanak antara yang terkorban.

    Serangan udara itu dilaporkan turut mencederakan tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

  • Serangan udara Israel mengorbankan 6 orang awam di selatan Lubnan

    Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada Selasa dalam serangan udara Israel yang disasarkan di daerah Tyre di selatan Lubnan, menurut berita SANA.

    Menurutnya, Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan berkata, pasukan penyelamat Lubnan menemui enam mayat dari bawah runtuhan susulan serangan Israel, dengan menyatakan jumlah kematian boleh meningkat kepada 10 orang apabila operasi pengalihan serpihan diteruskan.

  • Angka maut Lubnan akibat serangan Israel meningkat

    Sekurang-kurangnya 3,042 orang terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Lubnan sejak 2 Mac, menurut angka terkini daripada Kementerian Kesihatan Lubnan, lapor Al Jazeera.

    Seramai 9,301 orang lagi cedera dalam tempoh yang sama.