Tag: kebakaran

  • 5 maut dalam kebakaran di pusat beli-belah Mexico

    Sekurang-kurangnya lima orang maut dan kira-kira 30 yang lain cedera pada Khamis dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di barat laut Mexico, menurut berita Xinhua memetik lapor media tempatan yang memetik pihak berkuasa.

    Kebakaran itu dilaporkan pada petang Khamis di Plaza Fiesta Las Palmas, sebuah pusat beli-belah di bandar Los Mochis, negeri Sinaloa.

  • Angka maut meningkat kepada 8 orang dalam kebakaran besar di pusat beli-belah dekat Tehran

    Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, dan 36 yang lain cedera dalam kebakaran besar yang meletus pada Selasa di sebuah pusat beli-belah kira-kira 30 km barat ibu negara Iran, Tehran, menurut berita Xinhua memetik laporan TV kerajaan Iran, IRIB.

    Pusat beli-belah itu, yang dinamakan Kompleks Komersial Arghavan, terletak di bandar Andisheh. Bangunan itu menempatkan lebih 250 unit komersial.

    Menurut Xinhua, Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) memetik Ali Paidaran, ketua jabatan bomba bandar Andisheh, sebagai berkata kebakaran itu dilaporkan pada jam 16:40 waktu tempatan (1310 GMT), selepas itu pasukan pemadam kebakaran segera dihantar.

  • 1 maut, beberapa cedera dalam kebakaran dekat Terusan Panama

    Letupan trak tangki di bandar Panama pada Isnin menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera, kata pihak berkuasa, menurut berita Xinhua.

    Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan La Boca, dekat kemudahan Terminal Minyak Panama S.A. dan di bawah Jambatan Amerika, di mana sebuah trak tangki meletup semasa mengisi minyak, mencetuskan kebakaran yang merebak ke dua trak tangki lain dan menyebabkan asap tebal dan beberapa letupan sekunder.

    Ketua jabatan bomba Victor Raul Alvarez Villalobos dilapor berkata, seorang terbunuh, dua lagi mengalami lecur dan dua anggota bomba cedera akibat terhidu asap.