Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, dan 36 yang lain cedera dalam kebakaran besar yang meletus pada Selasa di sebuah pusat beli-belah kira-kira 30 km barat ibu negara Iran, Tehran, menurut berita Xinhua memetik laporan TV kerajaan Iran, IRIB.
Pusat beli-belah itu, yang dinamakan Kompleks Komersial Arghavan, terletak di bandar Andisheh. Bangunan itu menempatkan lebih 250 unit komersial.
Menurut Xinhua, Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) memetik Ali Paidaran, ketua jabatan bomba bandar Andisheh, sebagai berkata kebakaran itu dilaporkan pada jam 16:40 waktu tempatan (1310 GMT), selepas itu pasukan pemadam kebakaran segera dihantar.
