Nahas pesawat kecil di Croatia, 4 maut

Sebuah pesawat kecil terhempas di Croatia pada Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang, kata polis, menurut berita AP.

Pesawat itu terhempas dekat Medulin, sebuah pekan di semenanjung Istria, lapor AP memetik kenyataan

Menurut AP, agensi berita rasmi HINA melaporkan bahawa ia adalah pesawat Jerman yang berlepas dari Austria.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan bangkai pesawat di sebuah padang dan polis serta anggota bomba di tempat kejadian.

Juruterbang tempatan Nijaz Delic memberitahu portal berita Index bahawa pesawat itu “berpusing (di udara) dan terhempas ke tanah”.

Tidak diketahui berapa ramai orang yang berada di dalam pesawat itu, lapor AP, tiada butiran lain yang tersedia dengan segera.