2 maut tembakan di Texas AS

Satu kejadian tembakan di Midland, negeri Texas AS, menyebabkan dua orang maut dan 10 yang lain cedera pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek penembak itu disahkan meninggal dunia selepas satu pertempuran kecil, Datuk Bandar Midland, Lori Blong dilapor berkata.

“Insiden penembak aktif telah selesai, dan suspek disahkan meninggal dunia,” kata Bandar Midland di Facebook, menurut Xinhua.

Kejadian tembakan itu bermula di tenggara Midland dan merebak ke bahagian selatan bandar. Sembilan mangsa dibawa ke Hospital Memorial Midland dengan empat daripada mereka menjalani pembedahan, kata jurucakap hospital. Lima mangsa dalam keadaan stabil telah dibenarkan keluar dari hospital.

Suspek, Victor Mata Villarreal, 45, telah dikehendaki kerana cubaan membunuh seorang pegawai selepas dia didakwa melepaskan beberapa tembakan ke arah polis semasa kejar-mengejar kereta pada Rabu, menurut Jabatan Keselamatan Awam Texas, lapor Xinhua.