8 dilapor maut bas terbabas dari tebing di Kavrepalanchok Nepal

Lapan orang maut selepas sebuah bas penumpang terbabas dari tebing di daerah Kavrepalanchok, Nepal pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik pegawai polis.

“Kami telah menemui lapan mayat dari lokasi kemalangan,” kata Rabin Bista, pegawai maklumat di polis daerah, kepada Xinhua.

Terdapat 15 orang cedera, termasuk pemandu, katanya. Empat daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan serius.

Polis dilapor berkata, mereka masih belum dapat memastikan bilangan sebenar orang di dalam bas terbabit.