Tujuh sekeluarga termasuk empat kanak-kanak, maut dalam kebakaran di wilayah Yugra, Rusia malam tadi, kata gabenor Ruslan Kukharuk di saluran Telegramnya pada Sabtu, menurut berita Xinhua.
Kebakaran itu berlaku di kampung Vysoky di bandar Megion di sebuah rumah kediaman persendirian. Laporan itu diterima pada jam 1:58 pagi (2058 GMT pada Jumaat).