Tag: Ukraine

  • Ireland akan tamatkan perumahan disediakan kerajaan untuk rakyat Ukraine

    Kerajaan Ireland bersetuju untuk melaksanakan rancangan untuk menamatkan penginapan yang disediakan oleh kerajaan untuk pendatang Ukraine, serta mengurangkan faedah bagi mereka yang tinggal di rumah sewa, menurut berita disiarkan RT.

    Dianggarkan 125,000 rakyat Ukraine menerima perlindungan sementara di Ireland sejak peningkatan konflik Ukraine pada Februari 2022, lapor RT.

    Menurut laporan media tempatan, Dublin telah membelanjakan lebih €438 juta ($516 juta) untuk sokongan perumahan untuk kira-kira separuh daripada mereka.

    Kerajaan menutup (sealed) skim itu untuk mengurangkan faedah perumahan untuk rakyat Ukraine yang tiba di Ireland sebelum Mac 2024 pada Isnin, lapor RT.

    Langkah ini dijangka akan menjejaskan kira-kira 16,000 pendatang Ukraine yang tinggal di penginapan yang disediakan oleh kerajaan, kecuali mereka yang tidak dapat hidup sendiri dan “sangat terdedah”.

  • Pihak berkuasa Luhansk yang dikawal Rusia dakwa 3 terbunuh dalam serangan dron Ukraine

    Pihak berkuasa di wilayah Luhansk yang dikawal Rusia pada Ahad mendakwa tiga orang terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam serangan dron Ukraine, menurut berita Anadolu.

    Insiden itu berlaku pada petang Sabtu di kampung Bulhakovka, daerah perbandaran Kreminna, kata Leonid Pasechnik, ketua wilayah yang dilantik oleh Rusia, di platform media sosial Rusia, Max.

    Menurutnya, sebuah dron musuh sengaja menyerang golongan muda yang berada di luar dekat sebuah rumah. Dua pemuda berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan mereka. Seorang budak lelaki dan perempuan berusia 15 tahun, serta seorang pemuda berusia 21 tahun, cedera.

    Di Dnipro, Ukraine, jumlah kematian akibat serangan petang Sabtu Rusia meningkat kepada sembilan orang selepas seorang lagi meninggal dunia di hospital, kata Oleksandr Ganzha, ketua pentadbiran tentera Dnipropetrovsk, di Telegram, lapor Anadolu.

    “Seorang lelaki berusia 24 tahun yang cedera semasa serangan petang Rusia di Sungai Dnieper meninggal dunia di hospital. Sepanjang hari itu, serangan musuh ke atas bandar itu telah mengorbankan 9 nyawa,” katanya.

  • 5 terbunuh dalam kejadian tembakan di Kiev

    Lima orang terbunuh pada Sabtu selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di jalanan di ibu negara Ukraine, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, lapor Xinhua.

    Xinhua melaporkan, menurut datuk bandar Kiev, Vitali Klitschko, 15 orang termasuk seorang kanak-kanak, cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di daerah Holosiivsky selatan Kiev.

    Susulan kejadian tembakan itu, penyerang itu menjadikan orang ramai sebagai tebusan di sebuah pasar raya berdekatan, kata Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko, menurut berita Xinhua.

    Menurutnya, penyerang terbabit terbunuh semasa penangkapan itu.

    Pejabat Pendakwa Raya Ukraine dilapor berkata, penyerang itu adalah seorang lelaki berusia 58 tahun, yang dilahirkan di Moscow.

  • Rusia serang pelabuhan dan kemudahan kuasa di Ukraine semalaman

    Serangan Rusia semalaman merosakkan infrastruktur pelabuhan di wilayah Odesa selatan Ukraine dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada 380,000 pengguna di utara negara itu, menurut berita Reuters memetik pegawai.

    Dron merosakkan gudang pertanian, depot dan bangunan pentadbiran, kata Oleh Kiper, gabenor wilayah Odesa, di aplikasi Telegram, menurut Reuters.

    Pasukan Rusia juga menyasarkan kemudahan tenaga di wilayah Chernihiv di utara Ukraine, kata pengendali pengedaran kuasa serantau di Telegram, lapor Reuters.

    Reuters melaporkan, menurut tentera udara Ukraine, Rusia melancarkan 219 dron jarak jauh semalaman.