Tiga dilaporkan terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan antara jawatankuasa keamanan tempatan dan militan tidak dikenali di wilayah barat laut Pakistan Khyber Pakhtunkhwa pada Jumaat.
Kejadian berlaku sekitar jam 12:10 tengah hari waktu tempatan (0710 GMT) di daerah Waziristan Utara, di mana ahli jawatankuasa keamanan tempatan berbalas tembakan dengan militan tidak dikenali susulan pembunuhan seorang ketua puak, lapor Xinhua memetik sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.
Ketua yang terbunuh itu dikenali kerana menentang anasir militan di kawasan itu, dan ahli puaknya berbalas tembakan dengan militan untuk membalas dendam pembunuhannya, kata sumber itu, menurut Xinhua.