Seramai 12 orang disahkan maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pusat jagaan warga emas di Wilayah Barat Sri Lanka pada petang Rabu, kata polis tempatan pada Khamis, menurut berita Xinhua.
Menurut pihak berkuasa, susulan kejadian di Anguruwatota, Horana, penyelamat memindahkan 44 individu dari pusat jagaan warga emas itu dengan selamat tanpa kecederaan, manakala tujuh yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Tiga orang masih belum dikenal pasti, menurut Xinhua memetik pihak berkuasa. Punca sebenar kebakaran masih disiasat.