Tujuh pelaut Filipina cedera selepas serangan dron melanda kapal kontena “San Antonio” di Selat Hormuz pada Selasa, kata Jabatan Pekerja Migran Filipina pada Khamis, menurut berita Xinhua.
Menurut Xinhua, Setiausaha Pekerja Migran Hans Leo Cacdac, dalam kenyataan berkata, tujuh warga Filipina itu adalah antara kru yang cedera apabila sebuah dron melanda kapal terbabit.