Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 12 lagi cedera pada Isnin dalam nahas bas di lebuh raya Pan-American di Lima, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 5:25 pagi waktu tempatan dekat kilometer 17 lebuh raya di daerah Villa El Salvador, menurut Xinhua memetik agensi berita Andina.
Laporan mengatakan sebuah bas mini yang dalam perjalanan dari Villa El Salvador ke Plaza Norte melanggar bahagian belakang sebuah bas yang nampaknya telah memperlahankan kenderaan untuk mengambil penumpang di perhentian tidak rasmi.
Dua orang maut di tempat kejadian, termasuk seorang lelaki berusia 20 tahun.