Tag: Iraq

  • Suami isteri dilapor terbunuh dalam serangan dron di Iraq

    Sekurang-kurangnya dua orang awam di wilayah Erbil, Iraq terbunuh oleh serangan dron, menurut laporan Aljazeera.

    Menurutnya, gabenor Erbil, Omid Khoshnaw, mengutuk serangan itu sebagai “pelanggaran undang-undang antarabangsa dan jenayah perang”.

    Menurut Al Jazeera, perkhidmatan keselamatan tempatan mendakwa sebuah dron sarat bahan letupan dihantar dari Iran terhempas ke sebuah rumah awam di kampung Zarka Zoy, di daerah Darashakran di wilayah Erbil, sejurus selepas tengah malam waktu tempatan. Mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri, lapor Aljazeera.