Pembantu kedai yang mengintai wanita di tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, pada Isnin, menurut laporan BH Online.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Aina Azahra Arifin selepas tertuduh berusia 23 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 44 tahun semasa berada di tandas wanita LRT Sentul, kira-kira jam 8 pagi pada 16 April lalu.