Tag: India

  • 96 terbunuh dalam ribut, kilat di utara India

    Ribut debu, hujan lebat dan kilat membunuh sekurang-kurangnya 96 orang di negeri Uttar Pradesh, utara India dan merosakkan rumah serta struktur lain, kata pegawai, menurut berita Al Jazeera memetik AP.

    Lebih 50 orang dilapor cedera dalam insiden berkaitan cuaca itu di beberapa daerah di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India, pada Rabu.

    Dilaporkan, banyak kematian disebabkan oleh pokok tumbang, struktur runtuh dan kilat.

  • Insiden bot terbalik di Jabalpur India: Angka maut meningkat kepada 9

    Angka kematian dalam insiden bot terbalik di tengah India meningkat kepada 9 orang pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik seorang pegawai kerajaan yang mengesahkan.

    Tragedi itu berlaku di daerah Jabalpur di negeri tengah Madhya Pradesh pada Khamis. Terdapat sejumlah 29 pelancong di dalam bot itu ketika ia terbalik di Empangan Bargi, yang dibina di sungai Narmada.

    Bot itu sedang belayar melalui perairan sungai apabila ia tiba-tiba dilanda angin kencang, menyebabkan ia hilang keseimbangan sebelum terbalik.

  • Bot terbalik selepas hentam jambatan di utara India, sekurang-kurangnya 10 maut

    Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi masih hilang selepas sebuah bot yang membawa penziarah terbalik selepas perlanggaran dengan sebuah jambatan di utara India, kata pegawai pada Jumaat, lapor Anadolu.

    Kejadian itu berlaku sekitar jam 3.15 petang (0945GMT) di Sungai Yamuna di daerah Mathura di Uttar Pradesh, kata Shailesh Kumar Pandey, seorang pegawai kanan polis tempatan, kepada pemberita.

    Bot itu, yang membawa kira-kira 25 hingga 27 orang, terbalik selepas melanggar jambatan, menurut maklumat awal. Pihak berkuasa telah menemui 10 mayat setakat ini, kata Pandey.

    Operasi menyelamat sedang dijalankan untuk mencari mereka yang masih hilang.

    Penyiar tempatan India Today melaporkan bahawa bot itu membawa penziarah.

    Perdana Menteri Narendra Modi berkata dia “sangat sedih” dengan kejadian itu.

    “Pentadbiran tempatan sedang membantu mereka yang terjejas,” kata Modi di X.