Tiga rakyat Palestin dilapor terbunuh akibat tembakan Israel di Jalur Gaza dan dekat Baitulmaqdis pada Khamis.
Saksi dan sumber tempatan berkata, sebuah dron Israel melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah sekumpulan rakyat Palestin dekat Sekolah Abu Tamam di Beit Lahia di utara Gaza, menurut berita Xinhua, Mahmoud Basal, jurucakap Pertahanan Awam di Gaza, berkata dua beradik terbunuh.
Secara berasingan, seorang remaja Palestin berusia 17 tahun, yang dikenal pasti sebagai Mohammed Rayyan dari pekan Beit Duqqu di barat laut Baitulmaqdis, terbunuh semasa pertempuran dengan tentera Israel, menurut satu kenyataan daripada Gabenor Baitulmaqdis, lapor Xinhua.
Kenyataan itu menyatakan bahawa pasukan Israel telah menyerbu pekan itu, menggeledah beberapa rumah dan menahan penduduk untuk disoal siasat di lapangan. Seorang banduan yang sebelum ini dibebaskan turut ditangkap. Seorang lagi cedera, dan pasukan Israel menahan mayat Rayyan sebelum berundur, katanya.