Tag: flotila

  • Semua bot flotila dipintas, ratusan aktivis ditahan Israel

    Israel berkata pada lewat Selasa, ia memintas semua bot dalam flotila bantuan menuju ke Gaza, menahan ratusan aktivis dan membawa mereka ke Israel, lapor Xinhua.

    Menurut Xinhua, penganjur Flotila Sumud Global berkata di laman web mereka, semua bot dalam konvoi kemanusiaan mereka dipintas setelah vesel tentera laut Israel mengepung mereka di perairan antarabangsa, kira-kira 250 batu nautika dari pantai Gaza.

    Mereka berkata 428 aktivis telah “diculik” oleh Israel, lapor Xinhua.

  • Flotila aktivis bantuan Gaza berlepas dari Turki ke Gaza

    Berpuluh-puluh bot yang membawa aktivis dan bantuan untuk rakyat Palestin belayar dari pantai Mediterranean Turki pada Khamis dalam percubaan terbaru untuk memecahkan sekatan tentera laut Israel di Gaza — hanya beberapa minggu selepas Israel memintas flotila sebelumnya dan menahan dua aktivis, menurut berita AP.

    Lebih 50 vesel berlepas dari pelabuhan di Marmaris dalam apa yang digambarkan oleh penganjur Flotila Sumud Global sebagai peringkat terakhir perjalanan mereka ke pantai Gaza.

    Menurut AP, pada 30 April, pasukan Israel memintas lebih 20 bot dari sebuah flotila dekat pulau Crete di selatan Greece, pada mulanya menahan kira-kira 175 aktivis.

    Insiden itu mendapat bantahan dan kecaman dari beberapa negara dan menimbulkan persoalan mengenai apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana negara secara sah untuk menguatkuasakan sekatan di perairan antarabangsa.

    Menurut AP, pegawai Israel berkata mereka perlu bertindak awal kerana bilangan bot yang terbabit tinggi.

  • Israel usir dua aktivis flotila menuju Gaza

    Israel mengusir dua aktivis, warga Sepanyol Saif Abu Keshek dan Thiago Avila dari Brazil, pada Ahad selepas menangkap mereka di atas flotila yang menuju ke Gaza di perairan antarabangsa, lapor Reuters memetik kementerian luar.

    Aktivis terbabit adalah sebahagian daripada Flotila Sumud Global kedua yang dilancarkan dari Sepanyol pada 12 April untuk cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dengan menghantar bantuan ke kawasan terbabit.

    Mereka ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada 29 April dan dibawa ke Israel, lapor Reuters.

    Menurut Reuters, Kementerian Luar Israel berkata Abu Keshek disyaki bersekutu dengan sebuah organisasi pengganas dan Avila disyaki melakukan aktiviti haram; kedua-duanya menafikan dakwaan terbabit, dengan mengatakan bahawa mereka sedang dalam misi kemanusiaan untuk penduduk awam Gaza dan penangkapan mereka di perairan antarabangsa adalah menyalahi undang-undang.

  • Pasport aktivis keamanan Korea Selatan digantung kerana sertai Flotila Bantuan Gaza

    Pasport seorang aktivis Korea Selatan digantung kerana menyertai flotila yang menuju ke Gaza buat kali kedua, menurut laporan Al Jazeera.

    Kim Ah-hyun, yang dikenali sebagai Haecho, telah ditahan oleh Israel selama dua hari pada tahun 2025 apabila tentera Israel memintas flotila terbabit, menurut Al Jazeera.

    Kerajaan Korea Selatan memberi amaran kepada Haecho bahawa dia boleh menghadapi hukuman jenayah di bawah Akta Pasportnya jika dia meneruskan aktivismenya.

    Bercakap kepada @_annakook dari AJ+ semasa berada di atas flotila tahun ini, Haecho berkata dia “bersedia untuk menghadapi akibat itu dengan senang hati” jika dia sampai ke Gaza.

    Sebuah kumpulan di Korea Selatan yang dipanggil Lawyers for a Democratic Society memfailkan saman yang bertujuan untuk membatalkan penggantungan pasport Haecho, tetapi kes itu ditolak.

    Walaupun ramai di atas Flotila Sumud Global telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, Haecho terus belayar menuju ke Gaza dengan vesel yang tinggal.

  • PBB gesa Israel bebaskan aktivis flotila Gaza segera dan tanpa syarat

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menuntut Israel “segera dan tanpa syarat” membebaskan dua aktivis yang diambil dari flotila menuju ke Gaza, lapor berita Xinhua.

  • Sepanyol tuntut ‘pembebasan segera’ aktivis Sepanyol-Palestin diculik Israel

    Kementerian Luar Sepanyol menyeru “pembebasan segera” seorang aktivis Sepanyol-Palestin, yang diculik pada Khamis oleh tentera Israel dari sebuah vesel yang ditawan dalam flotila kemanusiaan menuju ke Gaza, lapor Al Jazeera.

    “Kerajaan Sepanyol menuntut pembebasannya segera,” kata kementerian itu dalam komen yang dihantar kepada agensi berita AFP sejurus selepas mahkamah Israel melanjutkan penahanannya selama dua hari, lapor Al Jazeera.

    Kementerian itu berkata bahawa konsul Sepanyol di Tel Aviv mengiringi Saif Abu Keshek, yang “ditahan secara haram”, ke perbicaraan.

    Sebuah kumpulan hak asasi di perbicaraan itu berkata mahkamah melanjutkan penahanan Keshek dan aktivis Brazil Thaigo Avila selama dua hari.

  • Israel pintas bot flotila bantuan yang menuju ke Gaza

    Israel mula mengambil alih kapal bantuan yang menuju ke Gaza jauh dari pesisirnya, kata sumber Israel pada Khamis, lapor Xinhua.

    Xinhua melaporkan, menurut Radio Tentera milik negara itu melaporkan tentera laut telah mula memintas sebuah flotila, tanpa memberikan butiran lanjut.