Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera selepas kejadian tembakan di dalam Hospital ChristianaCare Wilmington di negeri Delaware, AS, kata pihak berkuasa pada Selasa, menurut berita Anadolu.
“Suspek masih belum dikenal pasti pada masa ini, dan kami sedang giat berusaha untuk mengesahkan identitinya,” Ketua Polis Wilmington, Wilfredo Campos, dilapor berkata kepada pemberita pada sidang akhbar.