Tag: Brazil

  • 8 maut dalam nahas bas dan trak di Brazil

    Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh awal pagi Ahad selepas sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di lebuh raya persekutuan di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil, menurut Polis Lebuhraya Persekutuan, lapor Xinhua.

    Kemalangan itu berlaku pada awal pagi di lebuh raya BR-251. Bas itu, yang dalam perjalanan dari Sao Bernardo do Campo di negeri Sao Paulo ke Aracaju di negeri Sergipe, melanggar trak terbabit dan kemudiannya meletup, lapor Xinhua memetik kenyataan polis.

  • 3 terbunuh dalam runtuhan bangunan di Brazil

    Tiga pekerja terbunuh dan tiga orang lagi terselamat selepas sebuah bangunan kediaman empat tingkat runtuh di Salvador, ibu kota negeri timur Brazil, Bahia, kata jabatan bomba pada Ahad, menurut Xinhua.

    Anggota bomba menemui mayat mangsa ketiga dari runtuhan awal Ahad di kawasan kejiranan Luis Anselmo, tempat bangunan itu runtuh pada Sabtu.

    Pihak berkuasa dilapor berkata, sebuah keluarga – seorang lelaki, isterinya dan bayi mereka berusia 18 bulan, berada di dalam bangunan pada masa itu, bersama tiga pekerja yang menjalankan pengubahsuaian.

    Keluarga itu berjaya melarikan diri sebelum runtuhan itu. Wanita itu dibawa ke hospital dan selamat, manakala lelaki dan bayi itu tidak cedera.

    Menurut Xinhua, pegawai berkata tiga pekerja yang mengubah suai bangunan itu terbunuh dalam runtuhan itu.

  • Sepanyol tuntut ‘pembebasan segera’ aktivis Sepanyol-Palestin diculik Israel

    Kementerian Luar Sepanyol menyeru “pembebasan segera” seorang aktivis Sepanyol-Palestin, yang diculik pada Khamis oleh tentera Israel dari sebuah vesel yang ditawan dalam flotila kemanusiaan menuju ke Gaza, lapor Al Jazeera.

    “Kerajaan Sepanyol menuntut pembebasannya segera,” kata kementerian itu dalam komen yang dihantar kepada agensi berita AFP sejurus selepas mahkamah Israel melanjutkan penahanannya selama dua hari, lapor Al Jazeera.

    Kementerian itu berkata bahawa konsul Sepanyol di Tel Aviv mengiringi Saif Abu Keshek, yang “ditahan secara haram”, ke perbicaraan.

    Sebuah kumpulan hak asasi di perbicaraan itu berkata mahkamah melanjutkan penahanan Keshek dan aktivis Brazil Thaigo Avila selama dua hari.

  • 6 sekeluarga maut dalam nahas kereta di Brazil

    Enam ahli sebuah keluarga terbunuh pada Selasa selepas kereta mereka merempuh sebuah trak kargo di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil, menurut sumber rasmi, lapor Xinhua.

    Kemalangan itu dilaporkan berlaku di lebuh raya di utara Minas Gerais. Kereta itu menuju ke negeri Bahia di timur laut, manakala trak itu bergerak ke arah bertentangan ke arah selatan negeri Santa Catarina, Polis Lebuhraya Persekutuan dilapor sebagai berkata.

    Kemalangan itu menyebabkan enam orang maut, membabitkan pemandu kereta, isterinya, tiga anak mereka, dan nenek sebelah ibu kanak-kanak itu. Pemandu trak itu tidak cedera.