Serangan malam ke atas pangkalan tentera di Nigeria, askar termasuk brigadier jeneral dilapor terkorban

Kumpulan militan Islamis Boko Haram dan Islamic State Wilayah Afrika Barat (ISWAP) dilaporkan melancarkan serangan malam yang diselaraskan ke atas pelbagai lokasi di negeri Borno timur laut Nigeria, membunuh seorang brigadier jeneral dan beberapa askar lain.

Agensi berita Reuters melaporkan, Ibu Pejabat Pertahanan Nigeria berkata, pemberontak menyerang pangkalan tentera utama di Benishheikh tetapi ditangkis, mengesahkan askar-askar terbunuh sambil menggesa orang ramai untuk menunggu pemberitahuan rasmi waris terdekat sebelum butiran lanjut.

Pejuang menyerang pekan Pulka dan Bakin Ruwa di daerah Gwoza sekitar jam 21.30 GMT pada Rabu, sebelum pemberontak cuba menakluki ibu pejabat Briged Pasukan Petugas ke-29 di Benishheikh pada tengah malam, kata Ibu Pejabat Pertahanan, menurut Reuters.

“Pasukan yang diketuai oleh Komander 29 Briged, Brigadier Jeneral Oseni Braimah, bertindak balas dengan keberanian yang luar biasa dan kuasa tembakan yang unggul… dan memaksa (pengganas) berundur dalam keadaan kucar-kacir,” kata jurucakap Ibu Pejabat Pertahanan, Mejar Jeneral Michael Onoja, sambil menambah bahawa operasi pembersihan sedang dijalankan.

Menurut Reuters, tetapi dua sumber tentera memberitahunya, pangkalan Benishheikh telah ditakluki, membunuh Brigadier Jeneral Braimah dan askar-askar lain termasuk seorang kapten, dan memusnahkan beberapa kenderaan tentera.

Reuters mengatakan ia tidak dapat mengesahkan laporan itu secara bebas.

Seorang pegawai yang terlibat dalam bantuan Benishheikh dilapor berkata, pesawat tentera udara telah memindahkan askar-askar yang terkorban pada pagi Khamis selepas membantu menghalau pemberontak yang telah beroperasi di kawasan itu selama lebih daripada tiga jam.