Seorang maut dua hari selepas serangan Israel ke atas al-Mawasi di Gaza

Seorang lelaki Palestin meninggal dunia akibat kecederaan dialami dalam serangan Israel ke atas al-Mawasi di selatan Gaza, menurut Al Jazeera memetik laporan agensi berita Palestin WAFA, memetik sumber perubatan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Ahmed Samir Farhat, yang meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya dua hari lalu.

Secara berasingan, tentera Israel mengebom sebuah rumah di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza, mencederakan seorang, menurut berita Al Jazeera.