Selat Hormuz tidak pernah menjadi kawalan Iran untuk menutup atau menyekat navigasi melaluinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak gergasi negara UAE, ADNOC, Sultan Al-Jaber, lapor Al Jazeera.
Dalam satu catatan di X, dia berkata sebarang gangguan akan mengancam keselamatan tenaga, makanan dan kesihatan di seluruh dunia, memberi amaran bahawa menetapkan preseden (duluan) sedemikian akan menjadi “berbahaya dan tidak boleh diterima”.
“Dunia tidak mampu dan tidak boleh membenarkannya,” tambahnya.