Sekurang-kurangnya 9 terbunuh akibat serangan Israel di selatan Lubnan

Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel di selatan Lubnan pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

Menurut Xinhua, Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan berkata, serangan ke atas beberapa pekan di daerah Tyre mencederakan sekurang-kurangnya 37 orang, termasuk kakitangan perubatan, wanita dan kanak-kanak.

Pusat operasi itu dilapor berkata, serangan Israel antara 2 Mac dan 15 Mei membunuh 2,951 orang dan mencederakan 8,988 orang.