Serangan Tentera Udara Nigeria yang menyasarkan pemberontak jihadi melanda pasar tempatan di timur laut Nigeria, membunuh lebih 100 orang awam termasuk kanak-kanak dan mencederakan ramai yang lain, lapor sebuah kumpulan hak asasi dan media tempatan pada Ahad, menurut berita AP, pegawai mengesahkan tersilap tembak tanpa memberikan butiran lanjut.
Amnesty International memetik mangsa yang terselamat sebagai berkata, sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan udara pada Sabtu di sebuah kampung di negeri Yobe, dekat sempadan dengan negeri Borno, yang merupakan pusat pemberontakan jihadi yang telah memusnahkan rantau itu selama lebih sedekad.
“Kami mempunyai gambar mereka dan mereka termasuk kanak-kanak,” kata Isa Sanusi, pengarah Amnesty International Nigeria, kepada AP, merujuk kepada mangsa.