Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata tentera “akan mengambil tindakan” jika kerajaan Lubnan “tidak menghormati komitmennya” di bawah gencatan senjata, lapor Al Jazeera.
Gencatan senjata selama 10 hari berkuat kuasa di Lubnan pada petang Khamis.
Di bawah perjanjian itu, Lubnan komited untuk mengambil “langkah bermakna” bagi mencegah serangan, operasi dan aktiviti bermusuhan oleh Hizbullah dan kumpulan bersenjata bukan negara yang lain terhadap sasaran Israel.
Walau bagaimanapun, serangan baharu Israel dan penciptaan sempadan tentera yang serupa dengan “Garisan Kuning” di Gaza menimbulkan keraguan terhadap perjanjian itu.
“Mana-mana bangunan atau jalan di Lubnan yang disyaki mengandungi alat letupan mesti dimusnahkan untuk melindungi tentera kita,” Katz dilapor berkata.
