Kategori: global

  • Serangan Israel ke atas selatan, timur Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang

    Serangan udara Israel ke atas selatan dan timur Lubnan membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut berita Al Jazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.

    Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam serangan udara Israel ke atas pekan Zellaya (di Bekaa Barat) di timur Lubnan, lapor NNA pada Rabu.

    Ali Qassem Ahmad, ketua majlis perbandaran Zellaya, dan tiga ahli keluarga terbunuh dalam serangan ke atas rumah mereka di barat pekan Bekaa, menurut Al Jazeera memetik NNA.

    Israel juga melancarkan serangan ke selatan Lubnan menggunakan jet pejuang dan dron, manakala kampung Mayfadoun dibedil dengan artileri, mengakibatkan dua kematian, menurut NNA.

  • Kebakaran pusat beli-belah dekat Tehran: Angka maut meningkat kepada 11

    Jumlah kematian akibat kebakaran pada Selasa di sebuah pusat beli-belah dekat ibu negara Iran meningkat kepada 11 orang, menurut Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA pada Rabu.

    Dilaporkan, pusat beli-belah dinamakan Kompleks Komersial Arghavan itu terletak di bandar Andisheh di Daerah Shahriar, kira-kira 30 kilometer di barat Tehran, dan menempatkan lebih 250 unit komersial dan 50 pejabat.

  • PBB gesa Israel bebaskan aktivis flotila Gaza segera dan tanpa syarat

    Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menuntut Israel “segera dan tanpa syarat” membebaskan dua aktivis yang diambil dari flotila menuju ke Gaza, lapor berita Xinhua.

  • 3 terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan

    Serangan udara Israel dan serangan dron di selatan Lubnan dari malam Selasa hingga pagi Rabu membunuh tiga orang dan mencederakan beberapa orang lagi, menurut berita Xinhua memetik media rasmi Lubnan.

    Menurutnya, Agensi Berita Kebangsaan (NNA) melaporkan dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan udara di pekan Deir Kifa di daerah Bint Jbeil.

    Pada waktu fajar, sebuah dron Israel menyerang paramedik dari Pertubuhan Kesihatan Islam di Deir Kifa, mencederakan tiga orang medik yang dibawa ke hospital tempatan. Dalam serangan berasingan, seorang terbunuh di pekan Aadchit di daerah Nabatieh. Serbuan semalaman juga menyebabkan kerosakan teruk di Sekolah Awam Borj Qalaouiyeh di Braachit dan Qalaouiyeh.

  • Angka maut meningkat kepada 8 orang dalam kebakaran besar di pusat beli-belah dekat Tehran

    Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, dan 36 yang lain cedera dalam kebakaran besar yang meletus pada Selasa di sebuah pusat beli-belah kira-kira 30 km barat ibu negara Iran, Tehran, menurut berita Xinhua memetik laporan TV kerajaan Iran, IRIB.

    Pusat beli-belah itu, yang dinamakan Kompleks Komersial Arghavan, terletak di bandar Andisheh. Bangunan itu menempatkan lebih 250 unit komersial.

    Menurut Xinhua, Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA) memetik Ali Paidaran, ketua jabatan bomba bandar Andisheh, sebagai berkata kebakaran itu dilaporkan pada jam 16:40 waktu tempatan (1310 GMT), selepas itu pasukan pemadam kebakaran segera dihantar.

  • Pengeboman Israel mengorbankan dua rakyat Palestin, mencederakan yang lain di Gaza

    Pengeboman Israel pada petang Selasa membunuh dua rakyat Palestin dan mencederakan yang lain di timur dan barat bandar Gaza, lapor agensi berita WAFA memetik sumber tempatan.

    Menurut mereka, pengeboman Israel melanda sekitar Stesen Bahloul di Jalan Al-Nasr, barat bandar, meragut nyawa seorang bawah umur dan mencederakan beberapa orang.

    Sementara itu, pengeboman Israel menyasarkan sekitar Bulatan Kuwait, tenggara bandar, meragut nyawa seorang dan mencederakan tiga orang lain.

  • Angka maut akibat pencerobohan Israel di Gaza meningkat kepada 72,615

    Sumber perubatan di Jalur Gaza mengumumkan jumlah kematian akibat pencerobohan Israel di Jalur Gaza telah meningkat kepada 72,615 manakala 172,468 yang lain cedera sejak Oktober 2023, menurut berita WAFA.

    Menurut WAFA, sumber yang sama menjelaskan hospital di Jalur Gaza menerima tiga orang yang terkorban dan 11 orang yang lain cedera dalam 24 jam lalu.

  • Hind Rajab sepatutnya berumur 8 tahun minggu ini

    3 Mei 2026, sepatutnya merupakan hari lahir Hind Rajab yang ke-8.

    Tetapi pada 2024, kanak-kanak Palestin itu dibunuh oleh tentera Israel, bersama keluarganya, di dalam sebuah kereta di Gaza, menurut Al Jazeera.

    Pembunuhan Hind Rajab mencetuskan kemarahan antarabangsa dan filem yang mendapat pujian, The Voice of Hind Rajab, yang menceritakan saat-saat terakhir kanak-kanak itu di bawah tembakan Israel di bandar Gaza.

  • Askar Israel dituduh rompak di selatan Lubnan

    Tentera Israel sedang bergelut untuk menghentikan rompakan oleh askar di selatan Lubnan walaupun terdapat amaran daripada komander tertinggi.

    Menurut berita Al Jazeera, akhbar Yedioth Ahronoth memetik seorang anggota simpanan yang tidak dinamakan berkata, dia telah menyaksikan beberapa kejadian rompakan.

    “Kami terjumpa banyak unit simpanan di sempadan. Mereka main ambil segala-galanya – senjata, cenderahati, barang kemas, selimut, gambar,” kata askar itu, seperti dilaporkan.

    Dalam satu lagi kejadian, katanya, dia menyaksikan seorang komander Israel menghalang askar daripada membawa pulang barang rampasan ke Israel.

    Akhbar Haaretz juga melaporkan askar telah menjarah rumah dan kedai persendirian di Lubnan yang penduduk atau pemiliknya melarikan diri dari pertempuran, menurut berita Al Jazeera, terdapat laporan serupa semasa perang di Gaza.

    Ketua Staf Israel, Eyal Zamir, mengeluarkan amaran keras mengenai penjarahan oleh askar dalam ucapan kepada pegawai kanan tentera seminggu lalu, lapor berita Al Jazeera.

  • Empat paramedik antara 5 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

    Empat paramedik adalah antara lima orang yang cedera dalam serangan Israel di daerah Tyre di selatan Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan, lapor berita Al Jazeera.

    Serangan udara itu berlaku di sebelah sebuah pusat perubatan di perbandaran Srifa, menurut Al Jazeera memetik Agensi Berita Kebangsaan (NNA) dikendalikan oleh kerajaan Lubnan, memetik kenyataan kementerian.