Bahrain tahan suspek dikaitkan dengan perisikan Iran, IRGC

Pendakwaan Awam Bahrain mengumumkan pada Isnin, ia telah mengarahkan penahanan suspek yang dituduh bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), lapor Xinhua.

Pendakwaan Awam berkata dalam akaun X bahawa suspek telah diarahkan oleh kumpulan terbabit untuk memantau dan mengumpul maklumat mengenai tapak penting di kerajaan itu.

Siasatan mendedahkan suspek menjalankan tugasan mereka dan merakam kemusnahan yang terhasil daripada “pencerobohan” terhadap kerajaan itu.

Menurut Xinhua, dalam angka terbarunya yang dikeluarkan pada Isnin, Pasukan Pertahanan Bahrain berkata ia telah memintas dan memusnahkan 188 peluru berpandu dan 468 dron sejak permulaan serangan Iran ke atas kerajaan itu.

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak susulan serangan bersama AS-Israel ke atas Iran bermula pada 28 Feb, yang mana Iran dan sekutu serantaunya bertindak balas dengan serangan ke atas kepentingan Israel dan AS di seluruh Timur Tengah.