AS, Israel mungkin guna rundingan untuk bersedia bagi operasi darat Iran – Majlis Keselamatan Rusia

Amerika Syarikat (AS) dan Israel mungkin menggunakan rundingan damai untuk bersedia bagi kemungkinan tindakan ketenteraan darat terhadap Iran, lapor media Rusia pada Selasa, memetik Majlis Keselamatan Rusia, menurut berita Xinhua.

Xinhua melaporkan, menurut agensi berita TASS, majlis itu berkata perkara ini boleh berlaku ketika Pentagon terus membina kehadiran tentera AS di rantau itu.

Majlis itu memberi amaran bahawa jika rundingan AS-Iran gagal mencapai matlamat yang dimaksudkan, permusuhan mungkin akan bersambung semula dengan lebih sengit selepas dua minggu.

Majlis itu juga berkata kerajaan Iran kekal mengawal situasi domestik, tanpa sebarang tanda pergolakan yang dijangkakan oleh Washington dan Tel Aviv, dan pelbagai kumpulan politik dan sosial di Iran telah bersatu menyokong pihak berkuasa pusat.