Angka maut akibat hujan lebat di Hunan China meningkat kepada 7, 14 hilang

Jumlah kematian akibat hujan lebat di Daerah Shimen, Wilayah Hunan, tengah China, meningkat kepada tujuh orang menjelang 7:30 malam Jumaat, dengan 14 orang lagi masih hilang, kata pihak berkuasa tempatan, menurut berita Xinhua.