3 terbunuh dalam serangan rumah di barat daya Sydney

Tiga terbunuh dalam serangan di sebuah rumah di barat daya Sydney pada awal pagi Ahad, menurut berita Xinhua.

Menurutnya, satu kenyataan polis mengatakan perkhidmatan kecemasan telah dipanggil atas laporan serangan di sebuah rumah di Rosemeadow, 45 km barat daya pusat Sydney, sejurus selepas jam 1:30 pagi pada Ahad.

Pegawai tiba di tempat kejadian dan menemui mayat seorang wanita dipercayai berusia 60-an dan seorang lelaki berusia 20-an, lapor Xinhua, seorang lelaki berusia 64 tahun dengan kecederaan serius di kepala dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, di mana dia kemudiannya meninggal dunia.

Menurut Xinhua, polis berkata, ketiga-tiga orang terbabit diserang oleh seorang lelaki yang mereka kenali.