5 sekeluarga maut ditembak lelaki bersenjata tidak dikenali di Afghanistan

Lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati lima ahli sekeluarga di wilayah Logar, timur Afghanistan pada Isnin, lapor berita Xinhua memetik kenyataan pejabat kerajaan wilayah.

Lelaki bersenjata yang tidak dikenali, menurut kenyataan itu, memasuki sebuah rumah di sekitar ibu kota wilayah Pul-e-Alam awal pagi ini, membunuh lima ahli keluarga, membabitkan bapa, ibu, dua anak lelaki dan pengantin perempuan di rumah itu.