1 rakyat Palestin dilapor terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza

Bedilan Israel pada petang Jumaat membunuh seorang Palestin dan mencederakan yang lain dekat Hospital Kamal Adwan di utara Jalur Gaza, menurut berita WAFA memetik korespondennya.

Dia melaporkan bedilan Israel menyasarkan sebuah rumah di sekitar hospital, meragut nyawa seorang awam dan mencederakan tiga yang lain.

Dia menambah, sebuah kenderaan telah dibom di kawasan al-Mawasi di Khan Younes, mengakibatkan beberapa kecederaan.