Budak 9 tahun dilapor mati ditembak pendudukan Israel di Gaza

Pendudukan Israel pada petang Khamis menembak mati seorang kanak-kanak di kawasan kejiranan Zaytoun, timur bandar Gaza, menurut berita WAFA.

Pasukan pendudukan dilapor melepaskan tembakan ke arah Saleh Badawi, 9, dan serta-merta membunuhnya.

Mayat Badawi dipindahkan ke Hospital Al-Shifa.