Serangan Israel membunuh 8 orang, mencederakan berpuluh-puluh orang di selatan Lubnan selepas pengumuman gencatan senjata

Lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh orang cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, beberapa minit selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari antara Beirut dan Tel Aviv, menurut berita Anadolu memetik laporan media Lubnan.

Jet pejuang Israel menyerang pekan Ghazieh, selatan Sidon, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Kebangsaan (NNA) dikendalikan oleh kerajaan.

Kementerian Kesihatan dilapor berkata, serangan itu membunuh lapan orang dan mencederakan 33 orang lain.

Serangan itu berlaku beberapa minit selepas Trump berkata Lubnan dan Israel telah bersetuju untuk menghentikan pertempuran selama 10 hari bermula tengah malam waktu tempatan.