Rabbi Iran kecam pemusnahan sinagog Tehran oleh AS-Israel

Seorang rabbi di Iran mengecam Israel selepas serangan AS-Israel memusnahkan sebuah sinagog bersejarah di Tehran pada Selasa semasa minggu suci Paskah, lapor Al Jazeera.

“Dakwaan rejim Israel mengenai mempertahankan orang Yahudi tidak lebih daripada pembohongan yang memalukan,” kata Rabbi Younes Hamami Lalehzar.

Iran mempunyai populasi Yahudi kedua terbesar di Timur Tengah selepas Israel.