1 maut, beberapa cedera dalam kebakaran dekat Terusan Panama

Letupan trak tangki di bandar Panama pada Isnin menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera, kata pihak berkuasa, menurut berita Xinhua.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan La Boca, dekat kemudahan Terminal Minyak Panama S.A. dan di bawah Jambatan Amerika, di mana sebuah trak tangki meletup semasa mengisi minyak, mencetuskan kebakaran yang merebak ke dua trak tangki lain dan menyebabkan asap tebal dan beberapa letupan sekunder.

Ketua jabatan bomba Victor Raul Alvarez Villalobos dilapor berkata, seorang terbunuh, dua lagi mengalami lecur dan dua anggota bomba cedera akibat terhidu asap.