Lima orang maut selepas sebuah kereta jatuh ke dalam sungai dari sebuah jambatan di Wilayah Fujian, timur China pada Isnin, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa, menurut berita Xinhua.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada malam Isnin di Perbandaran Xinqiao, Daerah Changting di bandar Longyan.
