16 maut dalam serangan Israel di seluruh selatan Lubnan

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam satu siri serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan di daerah Nabatieh di selatan Lubnan awal Jumaat, menurut berita Xinhua memetik Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan.

Sementara itu, Xinhua memetik laporan media pada Jumaat melaporkan, tentera Israel berkata empat askar terbunuh dalam pertempuran di selatan Lubnan.