Nahas pengebom B-52 di pangkalan Tentera Udara AS di California, 8 dilapor maut

Sebuah pengebom B-52 terhempas sejurus selepas berlepas di pangkalan Tentera Udara AS di Gurun Mojave, California Selatan dan terbakar pada Isnin, mengorbankan semua lapan orang di dalamnya, lapor berita AP memetik pegawai tentera.

Rakaman udara menunjukkan hampir tiada apa yang tinggal daripada pesawat yang terhempas sekitar jam 11:20 pagi semasa misi ujian rutin di Pangkalan Tentera Udara Edwards, yang terletak di utara Los Angeles, menurut berita itu, asap hitam naik dari kawasan gurun yang besar dekat landasan di pangkalan itu, dengan kenderaan kecemasan berdekatan.

Mereka yang berada di dalam B-52 termasuk kontraktor kerajaan dan tentera beruniform, menurut AP, pengilang pesawat Boeing mengesahkan pada petang Isnin, dua pekerjanya berada di atas pesawat.

Selepas menyemak rakaman nahas itu, didapati tiada sesiapa terselamat, kata Kolonel James Hayes, timbalan komander untuk sayap ujian 412 di Edwards, pada sidang akhbar, lapor AP.

Boeing B-52 Stratofortress ialah pesawat pengebom jarak jauh yang mula beroperasi pada 1955, menurut AP, direka untuk membawa senjata konvensional dan nuklear, digunakan dalam konflik membabitkan tentera AS dari Vietnam ke Iran.