8 kanak-kanak berusia 3 hingga 11 tahun maut dalam tembakan di Louisiana AS

Seorang lelaki bersenjata di Louisiana membunuh lapan kanak-kanak dalam kejadian tembakan keganasan domestik di rumah berbeza awal Ahad, menurut laporan AP memetik polis di Shreveport.

Mangsa dilapor berumur antara 3 hingga kira-kira 11 tahun.

Lelaki bersenjata itu juga dilaporkan maut selepas kejar-mengejar dengan pegawai yang melepaskan tembakan ke arah suspek.