Sebuah pesawat terhempas di barat daya ibu negara Sudan Selatan, Juba, pada Isnin, mengorbankan semua 14 orang di dalamnya, kata pihak berkuasa penerbangan awam negara itu, lapor Reuters.
Pesawat itu, sebuah Cessna 208 Caravan yang dikendalikan oleh CityLink Aviation, terputus komunikasi semasa terbang dari Yei ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juba, lapor Reuters memetik pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan.
Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 0915 waktu tempatan dan terputus hubungan pada 0943. Terdapat 13 penumpang dan seorang juruterbang di dalamnya, membabitkan dua warga Kenya dan 12 warga Sudan Selatan.
Laporan awal mencadangkan pesawat itu mungkin terhempas dalam cuaca buruk, terutama jarak penglihatan yang rendah, kata kenyataan itu, seperti dilaporkan Reuters.
