10 cedera dalam serangan dron Ukraine ke atas wilayah Vologda, Rusia

Sepuluh orang cedera dalam serangan dron Ukraine ke atas wilayah Vologda, Rusia, kata gabenor wilayah Georgy Filimonov pada Isnin, menurut berita Xinhua.

“Antaranya, enam telah dimasukkan ke hospital,” katanya, sambil menambah bahawa mangsa mengalami lecur yang disebabkan oleh asid sulfurik.

Serangan awal Ahad itu merosakkan saluran paip asid sulfurik tekanan tinggi di kompleks perindustrian Apatit di Cherepovets, yang menghasilkan baja ammonia dan nitrogen.

Gabenor berkata, kebocoran asid sulfurik telah dibendung dan tiada pelepasan kimia berbahaya dikesan.